Komuniti dan Teknologi Maklumat
Sejajar dengan pertumbuhan kawasan perbandaran baru, kebanyakan penduduk di komuniti tersebut menubuhkan persatuan di kawasan kediaman masing-masing.Matlamat utama penubuhan persatuan seumpama ini adalah bertujuan menjaga kebajikan penduduk di dalam kawasan tersebut, di samping menjadi platform untuk penduduk mengenali antara satu sama lain.
Antara salah satu faktor yang membolehkan dan menarik penglibatan serta sokongan daripada penduduk di satu-satu komuniti tersebut adalah melalui penyampaian maklumat dan komunikasi yang berkesan.
| " Laman web dan e-mel adalah medium penyampai maklumat yang pantas dan komprehensif kepada anggota komuniti " |
Selaras dengan kemajuan sains dan teknologi, khususnya teknologi maklumat, penyampaian maklumat yang lebih pantas dan komprehensif dapat dilaksanakan melalui laman web dan e-mel.
Justeru itu, kami di KomunitiKu.net mengambil langkah di barisan hadapan bagi membolehkan penggunaan teknologi seumpama ini dapat dimanafaatkan melalui penyediaan pakej khas laman web komuniti.
KomunitiKu.net
KomunitiKu.net merupakan satu produk yang dibangunkan khas oleh Anjung Maya Resources (AMR). AMR adalah sebuah syarikat tempatan yang beroperasi di Shah Alam, Selangor dengan aktiviti perniagaan utama menyediakan produk dan perkhidmatan berasaskan teknologi maklumat.| " Hasil penyelidikan dan pembangunan yang menghasilkan ciri-ciri laman web komuniti yang berkualiti " |
KomunitiKu.net direalisasikan hasil penyelidikan dan pembangunan selama 9 bulan, selain berdasarkan pengalaman AMR dalam membangunkan laman web bercorak komuniti sejak tahun 2006.
KomunitiKu.net adalah merupakan komitmen AMR dalam menyediakan satu produk pembangunan dan penyenggaraan laman web yang mampu dimiliki serta mesra pengguna bagi membolehkannya dimanafaatkan sepenuhnya oleh pengendali dan pelawat/pengguna.
| " Laman web statik sudah ketinggalan zaman " |
KomunitiKu.net dibangunkan menggunakan aplikasi sumber terbuka (open source application) Joomla ! 1.5. Joomla! membolehkan pembangunan laman web dinamik yang lebih mudah dikendalikan, walaupun tanpa pengetahuan dalam pengaturcaraan dan rekabentuk laman web.



Pengenalan