www.komunitiku.net

  • Besarkan saiz font
  • Default saiz font
  • Kurangkan saiz font
ANJUNG Domain Percuma

Nama Domain Percuma


CO.CC
- http://www.co.cc

COCCCO.CC adalah sebuah syarikat pendaftaran domain percuma yang beroperasi di Korea Selatan. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan kawalan Domain Name Server (DNS) ke atas semua domain yang didaftarkan.

Domain .cc merupakan ccTLD yang direzabkan kepada pengguna dari Kepulauan Cocos (Keeling) di Australia. Disebabkan kadar penggunaan yang sangat rendah, syarikat CO.CC telah menawarkan pendaftaran secara percuma menggunakan domain ini.

Laman blog Tun Dr. Mahathir juga menggunakan kemudahan domain ini, dan blog ini dapat dicapai melalui URL www.chedet.co.cc.

Anda boleh mendaftarkan nama domain seperti komunitiku.co.cc, dan URL ini boleh terus digunakan untuk ke laman web anda.


CO.NR
- http://www.freedomain.co.nr

CONRccTLD .nr juga merupakan domain yang jarang digunakan dan ianya direzabkan kepada Republik Nauru. CO.NR dengan kerjasama dengan pentadbir domain ini, CenpacNet Inc. telah melancarkan perkhidmatan pendaftaran domain ini secara percuma sejak November 2002.

Walau bagaimanapun, pengandali perkhidmatan ini tidak menyediakan khidmat kawalan DNS. Sebaliknya, penggunaan domain ini hanya membolehkan setiap domain diarahkan ke domain lain (domain forwarding). Selain daripada itu, setiap domain juga boleh menggunakan skrip URL Cloaking atau URL Masking bagi menyembunyikan domain asal.

Anda boleh mendaftarkan nama domain seperti komunitiku.co.nr, dan URL ini boleh terus digunakan untuk ke laman web anda.
 

Hakcipta Terpelihara © 2008-2009 www.KomunitiKu.net perkhidmatan kendalian Anjung Maya Resources
Penafian : Laman web ini disediakan bagi memberikan khidmat pembikinan dan hos laman web komuniti. Di samping itu, kami juga menyediakan berita dan rujukan berkaitan kegiatan komuniti khususnya di Malaysia. Pihak kami tiada kaitan langsung dengan mana-mana badan atau organisasi kerajaan yang berkenaan. Pihak kami juga tidak bertanggungjawab ke atas  kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.

Persatuan Penduduk - Badan Pengurusan Bersama - Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung - Jawatankuasa Penduduk - Rukun Tetangga
Resident Association - Joint Management Body - Resident Committee - Neighbourhood Watch